Memaparkan catatan dengan label tetamu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tetamu. Papar semua catatan

Rabu, Julai 07, 2010

Ayah & Mak mentua datang ke Fraser

Salam.......

Kat kg Johol N9 sekarang ni tgh musim durian.Ayah dan mak mentua suruh balik tapi tak dapat nak balik ke kg.Jadi Sabtu yang lepas,ayah dan mak mentua nanae datang ke Fraser semata-mata nak hantar durian kat kami.Mak mentua siap lagi bawa tempoyak,ayam kg,langsat dan daging lembu fresh bagi kat aku.Terima kasih ye ayah dan  mak,sanggup dtg dr jauh utk hantarkan semua ni kat kami.Ayah dan mak mentua duk kat Fraser 2 hari je.Suruh duk lama sikit tak boleh takut ayam kat kg takde sape nak bagi makan.Kali ni,puas aku makan durian.Mana taknye 1 guni durian yang dibawak oleh ayah mentua aku.





Jumaat, Februari 19, 2010

Kak Min N Dj Epoi di FRASER

Salam..........

Isnin 16.02.2010.Tak sangka akhirnya dapat gak aku berjumpa kak min dr blog seputih seharum melur dan dj epoi buat kali kedua.Pertama kali aku berjumpa dirumah terbuka kak min tahun lepas.Macam tak percaya bila kak min call aku bagi tahu nak datang ke fraser.Bukan main seronok bila ada teman blogger yang sudi singgah ke tempat ku.
Kak min tempah dua bilik kat tempat hotel aku keje.Katanya hanya family dia je yang datang.Tup-tup dj epoi n family serta adik beradik kak min pun datang.DJ Epoi merupakan adik kepada kak min.
Tapi nanae tak dapat nak bawa dorang round satu bukit fraser,memandangkan time cuti chinese new year kami sibuk sebab ramai guest nak c/in.Sorry ye lain kali korang datang akan ku bawak round satu fraser.
Buat Kak Min dan abg sargent,dj Epoi n suked serta the gang.Korang memang "D" BEST "N" SEMPOI.
Kak min terima kasih bagi tudung kat nanae.cantik sangat.(macam tahu-tahu je aku tengah nak cari tudung)
Semoga persahatan kita akan kekal sepanjang hayat.Amin..........
Jom layan dulu gambar yang sempat diambil oleh suamiku darwis......






Sabtu, Mei 23, 2009

tetamu

Petang tadi adik na, man dan wife (adzie) datang ke bukit fraser untuk
hantarkan barang kat na.

Na ingat adik nak tido kat sini rupanya hanya dtg utk hantar barang je.

Sebelum balik sempat suami na ambil gambar man & adzie tgh berposing


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...