Isnin, Oktober 10, 2011

sambal sotong

assalamualaikum..

Resepi sambal sotong ni atas permintaan nadia.Akak minta maaf sebab lambat balas mesej nadia.Time-time macam ni akak tengah sibuk skit.Akak harap nadia dapat memcuba resepi ni ye.....

 Bahan-bahannya:
8 ekor sotong  - dipotong bulat
9 tangkai cili kering - dikerat 2 dan direndam dgn air panas #(nak pedas boleh letak lebih)
2 biji bawang merah #
1/2 sudu teh serbuk belacan #
1 biji bawang merah - dipotong bulat
air asam jawa

cara-caranya:
  1. blender bahan yang bertanda # bersama 1 cawan air.
  2. Tumis minyak masak dalam 4 sudu besar.
  3. Bila minyak dah panas,tumiskan bahan #.(guna api yang perlahan).Masak sampai pecah minyak.
  4. Bila dah pecah minyak(boleh besarkan sedikit api),masukan bawang yang dipotong bulat,air asam jawa,garam,gula secukup rasa.tambah air dalam 1/2 cawan. kacau sebentar sampai kuah melegak.akhir sekali baru masuk sotong.Kacau sebentar dan biarkan sehingga sotong masak.(jangan masak lama sangat nanti sotong liat)
  5. P/S: kalau tak nak letak belacan pun boleh jugak.Gantikan dengan serbuk ikan bilis dalam 1 sudu teh.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...