Jumaat, Oktober 14, 2011

Puding belang

Assalamualaikum...dan salam sejahtera buat semua teman-teman yang sudi singgah. Pagi tadi,aku balik awal dari kantin.Jadi sempat la aku buat puding belang untuk di hantar kat kantin petang nanti.Jom layan dulu resepinya...




Bahan-bahannya:
Bahan A
1 pkt agar-agar tali cap burung layang-layang
1 liter air
300gm gula

Bahan B
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
(pukul telur.kacau tpg kastad bersama dengan susu cair.kemudian campur kedalam telur)

Bahan C
1 sudu kecil esen vanilla
100gm butter cup
2 jenis perwarna,1 sudu teh coklat emulco dan 1 sudu besar serbuk milo.

Cara-caranya:
  1. Masak bahan A sampai larut.Tutupkan api.Kemudian tapis agar-agar tersebut.
  2. Hidupkan api.Masukan bahan B kedalam bahan A.kacau  sampai sebati dan biar sampai mendidih.
  3. Bila dah mendidih masukan esen vanilla dan butter,kacau sebentar.
  4. Tutupkan api.bahagi kepada 3 bahagian sama banyak.2 bahagian  letak warna yang anda inginkan dan 1 bahagian lagi dicampurkan dengan coklat emulco + serbuk milo.
  5. Boleh la lapiskan adunan selapis demi selapis sampai habis.Peringatan bila melapis tunggu adunan keras sedikit baru tambah lapis baru.Resepi ni aku buat dalam loyang 32cm.  

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...