Isnin, Mei 09, 2011

en.darwis punya hal...

Salam...
Sebenarnya aku terkejut giler bila dapat hadiah dari en darwis.Nak tahu tak apa hadiah yang aku dapat..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Siap suruh tulis buat isteri tersayang zaharina






Sebenarnya lepas balik dari konsert aku citer kat en darwis yang aku tak dapat ambil gambar D'lloyd.Kecewa gak.Lagi pun punya la ramainya orang beratur nak sign autograph.Lagi pun aku takut yg en darwis bising sebab kena tunggu lama untuk jemput aku.Rupa-rupanya semalam en darwis bagi tahu yang dia nak keluar jumpa orang, rupa-rupanya en darwis ke Istana Budaya.Semata-mata utk belikan aku cd dan ambil tandatangan ahli kumpulan D'lloyd.TERIMA KASIH EN.DARWIS.


P/S: Buat En darwis kerana perangai awak yang gila-gila tu yang buat saya bertambah sayang kat awak.. 

Konsert D'LLOYD Di Istana Budaya.






sempat lg mak bergambar dgn Dato Ahmad Jais

Salam........
Semperna Hari Ibu,aku telah membawa mak pergi menyaksikan konsert D'lloyd di Istana Budaya pada 7 Mei 2011.Pergi berdua je,en darwis tak berminat.Jadi dia la kena jaga anak-anak.Sebenarnya aku dan mak memang minat sangat dengan kumpulan D'lloyd ni.
Macam tak percaya je bila dapat tahu yang kumpulan D'lloyd akan membuat konsert di Istana Budaya.Lebih 35 tahun baru D'lloyd datang semula ke Malaysia untuk membuat konsert"SEMALAM DI MALAYSIA"
Pertama kali D'lloyd buat konsert pada tahun 1976 ,masa tu mak pergi dengan bapak aku.Sekarang pergi dengan aku la pulak..
Aku macam tak percaya dapat menonton konsert D'lloyd.Terasa macam mimpi jadi kenyataan.Konsert "SEMALAM DI MALAYSIA"memang best.Suara uncle Sam vokalis memang power termasuk gak suara satu-satunya wanita dalam kumpulan D'lloyd iaitu Yuyun.

Nama D'lloyd diambil sempena nama kapal tempat mereka bertugas semasa itu.Mereka asalnya sekumpulan kelasi kapal yang bercita-cita untuk menjadi anak seni.Di anggotai Bartje Van Houten(permain gitar/ketua kumpulan),Yuhanny Fatmarida Susilo (yuyun/flute),Syamsuar Hashim (sam/vokalis),Chairul Daud (khairul/dram),Candra Chasmala(keyboard), dan Ade Aviantara Hussien (bass).

Lagu-lagu yang menjadi kegillaan peminat antaranya seperti Keangungan Tuhan,Tak mungkin,Oh di mana,Cinta hampa, dan mengapa harus jumpa.  

Sabtu, April 23, 2011

episod sedih..akhirnya ko pergi jua..

gambar sikontot yg diambil oleh Qisthina minggu lepas

Salam...

Hari ni dan ketika ini kucing kesayangan aku dan mak pergi meninggalkan kami.hua.
Sedih gila ko..
Dah berapa hari sakit tapi aku takde masa nak bawak pi klinik.Mak aku kata Si kontot deman je, tp mak dah bg makan ubat.Ingatkan hari ni nak bawak pi klinik tapi aku kena bukak kantin sampai 8 malam.ingat pas balik kantin baru bawak gi klinik rupa-rupanya dah terlambat.Budak keje yg dok satu rumah ngan aku dtg kat kantin bg tahu kak kucing akak dah mati,ni makanan dia makcik suruh bg kucing kat belakang.Mengeletar lutut aku bila mendengarnya nak masak pun dah tak tahu nak masak apa.Cepat-cepat aku masak dan suruh darwis anta aku balik.Sampai je umah mak aku bg tahu kontot mati masa tido sebelah mak.Cepat mak,suruh aku hantar mak aku balik sentosa sebab nak tanam si kontot.

Sampai sentosa aku tak turun dr kete sebab tak sangup nak tengok mak aku korek lubang nak tanam kontot.Aku terus ajak darwis balik..anak-anak aku tinggal dgn mak..
Kenapa aku dgn mak sayang sangat dgn si kontot ni sebab setia (sebenarnya kontot ni kucing liar yg selalu dtg kat umah mak mintak makan.Hari-hari mak aku letak makan utk dia.Bila mak @ aku pi kedai dia akan ikut tp tak boleh pegang dia akan lari).

lama kelamaan kontot jadi jinak dr dok luar dah boleh dok dalam umah mak.Bila tido suka peluk mak,dah jadi teman mak yang setia.Berak kencing dalam toilet.Dok dengan aku pun macam tu,sampai darwis pun mula dah tak kisah bila kontot mula dok dgn aku.Kejap kontot dok dgn aku kejap dok dgn mak aku.mak dah bela sikontot dah lama dah masa tu aku pun belum ada anak lagi lebih kurang 7 tahun.Ni anak aku dah 2,anak-anak pun dah sayang kat sikontot ni.Walaupun sakit tetap bangun bila aku dan mak balik dr keje,sampai ikut kita org gi mana."Tot takyah la ikut ko tu sakit jln pun terhuyung hayang bebel darwis dgn sikontot" Macam mana aku dgn mak tak sedihkan...Si kontot ni betina tp tak pernah beranak.Pernah darwis bawak pi kinik,nurse tanya kucing jantan ke betina yang darwis pi jawap pondan.Punya la tergelak orang yg ada kat situ.Cepat-cepat darwis bg tahu betina.Macam-macam kerenah sikontot ni,bila hujan sibuk dok cari bantal sebab nak menyorok bwh bantal sebab takut dgn bunyi guruh dan petir.Semuanya tinggal kenangan.

Manalah aku dgn mak tak sedih....

Ahad, April 17, 2011

Jom belajar menunggang kuda di DARC

Salam........

Dah sebulan Qisthina belajar menunggang kuda di DARC(DENAI ALAM RECREATION & RIDING CLUB SELANGOR).
Umairah tak dibenar utk belajar sebab belum cukup umur.Seelok-eloknya berumur 5 tahun keatas sebabnya senang trainer nak bg tunjuk ajar.Terpaksa la Umairah main joy rides saja.Sebenarnya budak-budak ni dah biasa menunggang kuda masa duk kat Fraser dulu.Takde istilah takut kat kuda ni.Tujuan aku hantar Qisthina belajar menunggang kuda ni bersebab,ye la anak aku sorang ni pelik skit susah aku nak explain macam mana perangainya.(bayangkan teacher dia pun boleh dia tampar ini pulak budak kat taska.Dah berapa kali owner taska minta darwis cari taska lain.Puas la darwis merayu) jadi untuk mengelak dr perangainya jadi terlalu hyper active terpaksa aku hantar gi kelas menunggang kuda ni.

Kat kelas ni,dorang ajar disiplin dengan kuda macam mana dan perlu banyak bersabar dengan kuda ni.Bila dah pergi berapa kali perangai Qisthina dah mula berubah sikit.Alhamdullilah..

Kat DARC macam-macam boleh kita buat bersama keluarga antaranya :

  • Horse riding lesson  
  • Archery
  • DARC - ATV (coming soon)
  • Splash pool & dart room
  • Club horse & Restaurant
  • Birthday party,annual dinner,camping


















Rabu, Februari 16, 2011

Qisthina & Umairah dah pandai bergaya

Cepat sungguh masa berlalu..Tup..tup anak dara aku dah pandai nak melawa dan bergaya.Si Qisthina dah mula mintak lipstik ko.Pening aku dan darwis nak explain kat Qisthina yang budak-budak cam dia tak boleh pakai lipstik lagi tapi dia jawab kawan dia boleh plak pakai lipstik,pening aku dibuatnya.Last-last aku suruh darwis belikan lip balm senang citer.Umairah plak dia ikut je apa kakaknya kata dan buat.Siap nak gelang la,cincin la,nak baju princes la.Pening-pening kepala dibuatnya.Mesti korang pun mengalami situasi cam aku hadapi.






Jeli kelapa



Salam.......

Dah lama tak buka my blog.Dah bersawang dah pun..Na nak ucapkan terima kasih pada yang sudi  jenguk my rumah.Hari ni,nanae nak berkongsi resepi jeli kelapa.Resepi ni paling senang nak buat.Satu adunan dapat dalam 28 bekas.Jom layan dulu resepi ni ye........

Bahan-bahanya;
* 2 biji kelapa muda + dengan air menjadikan 3000ml
* 1 peket serbuk jeli kelapa
* gula secukup rasa

cara-caranya:
masak kesemua bahan samapai mendidih.Bila mendidih,masukan kedalam bekas.

serbuk jeli kelapa yang nanae guna

Isnin, Januari 17, 2011

Aina Qisthina dah ada penganti si cenggeng

Salam......

Dah dekat setahun lebih arnab kesayangan aina hilang.Ingatkan Aina dah tak nak bela arnab lagi,rupanya masa gi expo hari peladang dan pertenak selangor kat shah alam beberapa minggu yg lepas bila ternampak arnab,Aina mula merengek nak kan arnab.Melalak kat situ gak taknak berganjak.Pening dibuatnya nak taknak terpaksa la belikan jugak.Dah la,aku dok kat apartment,takut jiran tetangga bising bau arnab ni.Terpaksa la aku paksa Darwis bersihkan sangkarnya tiap-tiap hari.Nama arnab baru si Aina masih lagi si cenggeng.

arnab yang hilang 







Isnin, Januari 03, 2011

Aina Qisthina mula bersekolah

Salam......

Hari ni anak nanae si Aina Qisthina mula start sekolah kat taska.Kesian gak tak dapat nak hantar gi taska.Selalunye hantar utk daycare je.Ni dah umur 5 tahun kena la bagi belajar.Gambar ni pun darwis yang ambil sebelum hantar gi taska.(sempat lagi aina berposing) Itu pun tak dapat nak ambil gambar Aina kat taska sebab darwis nak cepat gi kantin.Kesian gak kat Aina sebab nanae dan darwis tak dapat nak tunggu.Nasib baik Aina tak menangis bila  tengok ayah dia takde. 



  

Khamis, Disember 30, 2010

Selamat Datang 2011

Happpy New Years 2011

Salam......

Nanae  serta family ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru buat anda semua...Semoga kedatangan tahun baru ni memberi satu kenikmatan dan kebahagian dalam hidup anda...Amin..


Jumaat, Disember 10, 2010

Berita Terkini tentang baby afiq

Salam.....

Tadi Darwis buka facebook ada berita terbaru tentang baby Afiq.Alhamdulillah baby afiq selamat menjalani operation jantungnya.sehinnga jam ini baby afiq masih tak sedarkan diri dan masih bergantung kepada mesin pernafasan.Mari la kita sama-sama berdoa semoga baby afiq cepat sembuh.Amin.......

Bersantai Di Zoo Negara

Salam......

Ni citer 3 minggu yang lepas(Dah basi dah pun).Walaupun sibuk Darwis tetap cari masa bawak aku dan anak-anak gi jalan-jalan ke Zoo Negara yang terletak di Hulu Klang.Sebenarnya anak aku si qisthina yang ajak.Dia ni memang suka sangat gi zoo.Dalam setahun mesti 3x kita orang gi sana.Si Qisthina memang minat dgn binatang dan x takut langsung dgn ular berbanding dengan si Umairah langsung tak berapa nak minat nak gi zoo ni.Sebelum aku merapu lebih panjang,layan dulu gambar yang sempat diambil..........























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...