sempat lg mak bergambar dgn Dato Ahmad Jais
Salam........
Semperna Hari Ibu,aku telah membawa mak pergi menyaksikan konsert D'lloyd di Istana Budaya pada 7 Mei 2011.Pergi berdua je,en darwis tak berminat.Jadi dia la kena jaga anak-anak.Sebenarnya aku dan mak memang minat sangat dengan kumpulan D'lloyd ni.
Macam tak percaya je bila dapat tahu yang kumpulan D'lloyd akan membuat konsert di Istana Budaya.Lebih 35 tahun baru D'lloyd datang semula ke Malaysia untuk membuat konsert"SEMALAM DI MALAYSIA"
Pertama kali D'lloyd buat konsert pada tahun 1976 ,masa tu mak pergi dengan bapak aku.Sekarang pergi dengan aku la pulak..
Aku macam tak percaya dapat menonton konsert D'lloyd.Terasa macam mimpi jadi kenyataan.Konsert "SEMALAM DI MALAYSIA"memang best.Suara uncle Sam vokalis memang power termasuk gak suara satu-satunya wanita dalam kumpulan D'lloyd iaitu Yuyun.
Nama D'lloyd diambil sempena nama kapal tempat mereka bertugas semasa itu.Mereka asalnya sekumpulan kelasi kapal yang bercita-cita untuk menjadi anak seni.Di anggotai Bartje Van Houten(permain gitar/ketua kumpulan),Yuhanny Fatmarida Susilo (yuyun/flute),Syamsuar Hashim (sam/vokalis),Chairul Daud (khairul/dram),Candra Chasmala(keyboard), dan Ade Aviantara Hussien (bass).
Lagu-lagu yang menjadi kegillaan peminat antaranya seperti Keangungan Tuhan,Tak mungkin,Oh di mana,Cinta hampa, dan mengapa harus jumpa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan