Khamis, Ogos 04, 2011

AWAS PANGGILAN PALSU YANG MEMBUATKAN DUIT ANDA HILANG

Salam..

Nanae nak bagi amaran pada anda semua SUPAYA BERHATI-HATI  jikalau mendapat panggilan telefon dari mana-mana bank yang mengatakan pihak bank nak tambah amaun dalam kad kredit anda.Sebabnya pagi tadi en darwis dapat panggilan telefon yang mengatakan pihak a***kredit nak tambah nilai amaun dalam kad kredit tapi en.darwis bagi tahu yang en darwis tak pernah mohon pun.Pihak bank yang menelefon bagitahu ada orang yang guna nama en.darwis.Orang tu dah belanja lebih 9 ribu kemudian pihak bank akan bagi no bank negara(katanya) dan suruh telefon bank negara dengan segera.En darwis bagi tahu nak repot kat balai tapi pihak yang menelefon kata yang bank negara akan siasat dan tak perlu nak buat laporan polis.Jadi en darwis pun menelefon no yang diberi dan panggilannya disambut mesin yang mengatakan bank negara dan panggilan anda akan dilayan sebentar nanti.Seorang wanita bertanya apa masalah yang dihadapi dan en darwis pun bagitahu apa yang berlaku dan  wanita tu bagi tahu kena call bahagian pemalsuan kad kredit ext 225.Bila call disambungkan  seorang wanita yang bernama jenny akan minta tunggu sebentar kononnya nak rakam percakapan untuk dijadikan barang bukti.Lepas tu berlaku soal siasat dan jenny bagi tahu memang banyak pihak yang kena tipu.Siap tanya pernah tak ic hilang bila en darwis cakap tak pernah,jenny salahkan kemungkinan en darwis pernah mohon kat mana-mana bank sampai en darwis lupa.Kemudian wanita tu mintak semua nombor kad kredit dan no kad debit tapi en darwis taknak bagi.Wanita tu siap cakap pihak bank negara dah nak tolong blok semua kad pun tak nak bagi kerjasama,lepas ni apa yang berlaku kena tanggung sendiri.Pihak bank negara tak nak bertanggung jawab kalau duit simpan hilang.Marah betul dia dengan en darwis terus jenny letak telefon.
Lepas tu en darwis tak puas hati dan cari nombor telipon bank negara dan no yang dibagi oleh pihak bank (katanya) tak sama dengan no yang diberi oleh operator tm.Bila telifon nadanya sama cuma org jawab bagitahu bahagian  pemalsuan kad kredit memang tak pernah wujud pun.Pegawai bank negara yang sebenarya mengatakan en darwis orang yang kesepuluh yang menelefon utk bercakap dengan bahagian pemalsuan kad kredit.Nasib baik en darwis tak beri pun no kad  debit kalau tak semua duit habis dibawa lari.Sekarang ni macam-macam orang nak menipu untuk jadi cepat kaya.
Jadi SILA LA BERHATI-HATI JANGAN SAMPAI TERKENA...

P/S:bila anda dapat panggilan macam ni,mintak org yg menelefon balik.sementara tu call bank anda tanya betul atau tidak pihak bank ada telefon anda tentang tambahan amaun kad kredit.Supaya anda tak kena tipu  

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...