Isnin, November 12, 2012

Mengenal Diri

Assalam...

Syukur Akhirnya pada tarikh 10-11-12 aku dan darwis dapat menjejak kaki ke Al-Attas University of life yang bertempat di Wadi  Hussien Janda Baik anjuran Pak Habib semperna AXLSLife Event : "mengenal diri".Nak tahu lebih lanjut sila klik http://alattas-universityoflife.blogspot.com/dan klikhttp://amrayy-lensa-assault.blogspot.com/






  

Graduation Day

As salam...

12-11-2012 Ahad bertempat di Dewan CIAST,Sec 19 Shah Alam berlangsungnya graduation day Qisthina yang bersekolah diTadika Khalifah Mutiara.Sedar-sedar dah 6 tahun umur Nur Aina Qisthina.Pantas sungguh masa berlalu.Tup-tup dah nak masuk darjah satu anak aku.

Apa-apa pun Jom layan gambar dulu la ye...



Nur Aina Qisthina no 3 dari kanan.


Nur Aina Qisthina bersama pengetua Tadika Khalifah Mutiara







Ahad, Julai 08, 2012

jom ke Kidzania Kuala Lumpur

Salam....

Semalam darwis bawa anak-anak ke Kidzania Kuala Lumpur yang terletak di CurveNX Mutiara Damansara.Senang je nak cari Kidzania ni,ianya berkongsi satu bangunan dengan Mcdonald.Bayaran masuk untuk dewasa ialah rm35 dan kanak-kanak rm55.Isnin hingga Jumaat hanya ada satu sesi sahaja bermula dari 10am-5pm.Weekends,public serta school holiday terdapat 2 sesi.Sesi pertama bermula pada jam 10am-3pm dan sesi ke2 bermula jam 4pm-9pm.Darwis pilih sesi kedua sebabnya sesi kedua kurang sikit org jadi budak-budak tak payah bersesak-sesak dan tak perlu nak berebut-rebut nak masuk kesatu-satu tempat..Memang best GILER  bawa anak-anak kesini.

Tip-tip nak masuk ke Kidzania.

  1.  beli tiket melalui online.
  2. pilih sesi kedua 4pm-9mlm.
  3. tiba lebih awal dalam 3.30pm sebabnya kita perlu beratur
  4. kita akan diberi maps.jadi rancang sebaik-baiknya nak bermula dimana.Satu-satu tempat mengambil masa paling cepat pun 15-20minit.terdapat 2 tingkat. 
  5. utk masuk anak-anak akan diberi cek kidzania yang bernilai 50 yang boleh ditukar dikaunter bank.dengan duit ni anak-anak boleh menggunakan utk membeli barang di joy basket,face painting,body art dan department store.
  6. minta anak-anak ke no 2 job information utk membuat resume.
  7. seelok-eloknya biar la anak-anak berkerja dulu,bila berkerja kita akan diberi bayaran atas apa kita lakukan.Dengan wang yang diperolehi boleh la anak-anak nak belajar memasak di kidzania seperti membuat sushi di sushi king,sandwich di ayam brand,burger di king burger,oreo. dll.





 tengah ambil wang di bank














 sempat lagi qisthina & umairah berposing dengan model Amber chia.


 tengah tunggu nak buat persembahan 



 sesi face painting




Ahad, Mei 06, 2012

Upin & Ipin The Musical

Salam......

Semalam kami berdua membawa Qisthina dan Umairah pergi menonton teater Upin & Ipin The Musical yang berlangsung di Istana Budaya.Punya la excited budak berdua ni bila dapat menonton...Malas nak citer panjang lebar..Jom layan yang sempat diambil...











Khamis, Mei 03, 2012

Al-fatihah buat bob kuman



Ingin mengetahui dengan lebih lanjut sila klik blog Bersama Mazidul

Rabu, April 11, 2012

Terasa gegarannya

Salam...
Terasa badan ni masih mengigil lagi walaupun dah berapa jam berlaku gegaran.Kejadian ni berlaku dalam jam 4.45ptg tadi di rumah aku yang terletak batu 3.Punya la takut dengan keadaan kipas yang berbuai dgn kuat,katil bergoyang serta pintu grill bergegar dengan kuatnya.Qisthina dan Umairah menangis berpelukan sebab ketakutan.Aku disuruh Darwis keluar bawa anak-anak lari kebawah melalui tangga katanya dia nak ambil apa yang patut dan kunci pintu rumah.Yang aku fikir tanah sungai rebak sebab rumah aku berhampiran dgn sungai Klang.Punya la anak-anak aku takut nak balik rumah,sampai diminta dihantar ke rumah mak aku.Rupa-rupanya telah berlaku satu kejadian gempa bumi di Aceh dgn magnitud 8.7.

Keadaan tebing sungai





Gambar terkini kejadian di ACEH yg diambil DISINI

 













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...