Khamis, April 29, 2010

Pameran Keranda 'Tradisi & Misteri'

Salam.............

Pada hari selasa yang lepas,niat dihati sebenarnya nak gi NSK Selayang nak beli barang dapur tapi tak sangka bila sampai di Selayang,Darwis ajak gi Muzium Negara lah pulak.Nak tengok pameran keranda katanya.Memandangkan jam baru  3 ptg,masih ada masa nak pergi ke Muzium sebab muzium tutup jam  6 ptg.Ye la dah berbelas tahun dah tak pernah aku jejak kaki kat muzium negara ni.Dulu zaman budak sekolah rajin gak ikut rombongan sekolah pergi ke muzium ni.Pameran Keranda "Tradisi & Misteri" akan berlangsung dari 1 April hingga 20 Jun 2010.Bayaran masuk untuk dewasa hanya RM2 untuk kanak-kanak adalah percuma.Jom layan dulu gambar yang sempat diambil.Sape-sape yang tahu lebih lanjut kena lah datang ke Pameran Keranda "Tradisi & Misteri".





Kancapuri

Kancapuri ini diperbuat daripada kayu cengal yg keras dan baik.Ia siap dibina pada tahun 1904 oleh 2 orang tukang yg terkenal di Kampung Laut.Kancapuri ini digunakan pada kubur Wan Mahmud Bin Wan Ibrahim,seorang hulubalang raja yg terkenal pd masa itu.Jenis belindan ini dikenali sebagai 'Kancapuri' kerana belindannya diperbuat dengan rapi dan mempunyai penutup pada bahagian atasnya.Kancapuri biasanya digunakan pada makam raja dan kubur orang-orang bangsawan melayu.Menurut cerita,sebelum Wan Mahmud meninggal dunia,beliau telah menyuruh 2 orang tukang menyediakan Kancapuri tersebut.Tiap-tiap seorang antara mereka membuat sekeping belindan tutup belakang,sisi dan satu nisan.Wan Mahmud telah memberi arahan bahawa setiap tukang itu tidak dibenarkan melihat karya yang satu lagi tetapi boleh berbincang.Apabila Kancapuri ini siap dan dipasang,terdapat sedikit perbezaan di antara satu sama lain.Ini dapat diteliti perbezaannya pada setiap keping papan ukiran dan nisan Kancapuri tersebut.Walau bagaimanapun,ia mempamerkan kerja pertukangan yang hebat dan terkemuka pada zaman itu.


Kereta Tarik Jenazah

Kereta tarik jenazah ini telah diwakafkan kepada Jawatankuasa Masjid Kampung Tok Bedu,Tasik Gelugor,Seberang Perai Utara,Pulau Pinang.Jenazah akan diletakkan didalam kereta tarik ini dan akan ditarik ke tanah perkuburan.Digunakan pada era 1980-an sehinggalah wujudnya kemudahan kereta jenazah.Ia telah dihadiahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia
.

Qisthina dan Umairah tgh ber pose tak takut langsung budak-budak ni 

Pengusung Buluh

Pengusung buluh ini diperbuat daripada batang buluh yang diraut dan diikat mengunakan rotan.Jenazah yang telah siap dikapankan akan diletakkan didalam pengusung ini dan bumbung keranda ini akan ditutup dengan biasanya kain batik lepas.

Bahan-bahan yang digunakan untuk memandikan jenazah beragama islam
  1. Kain kapas.
  2. Serbuk cendana.
  3. Kapur barus.
  4. Jarum.
  5. Benang putih.
  6. Surma.
  7. Kapas.
  8. Akar sintok.
  9. Air mawar.
  10. Attar.
  11. Sabun.
Cara pengebumian orang Bateq

Apabila berlaku kematian mayat akan dimandikan dan dibersihkan terlebih dahulu.Setelah dipakaikan pakaian yang lengkap,mayat dibungkuskan dengan kain batik lepas yang baru dan diikat kemas supaya senang diusung ke kawasan perkuburan.Mayat diletakkan diatas pengandar (usungan) yang dibuat dari buluh.Kawasan perkuburan biasanya terletak diseberang sungai,diatas bukit atau jauh dari kawasan penempatan untuk mengelakkan hantu yanh membawa balik kematian.Sebelum itu,sebahagian penduduk akan dikerah untuk membina para kayu di atas pokok bagi tujuan pengkebumian.Pokok yang dipilih untuk tujuan pengkebumian,mestilah pokok besar yang mempunyai dahan dan ranting yang kuat bagi memudahkan para dibina untuk meletakkan mayat.Sekiranya tiada pokok besar yang sesuai,mereka akan memilih tiga batang pokok kecil yang berdekatan bagi membina para kayu berbentuk segitiga.Mayat akan diletakkan diatas para tersebut beralas kulit kayu secara mengiring bersama-sama harta kepunyaan si mati.Mayat akan diletakkan diatas para tersebut selepas 3 hari kematiannya.

Keranda Emas 'Promethean' bersadur 14 karat


Keranda Tradisional Cina


Keranda Kanak-kanak

Khamis, April 22, 2010

kari ayam simple

Salam.............

Hari ni,aku masak kari ayam,wantan goreng(beli yg frozen tinggal nak goreng je) dan sayur pak choy tumis bawang putih.Memandangkan bahan penumis serta daun kari kehabisan stok,Aku masak kari ayam yang paling simple tanpa bahan-bahan tersebut.Kari ayam merupakan kegemaran anak-anakku tapi tidak buat suamiku.Darwis memang tak berapa suka sangat dengan kari-kari ni.Nak tak nak kena juga makan nak sedapkan hati aku.Sebenarnya,darwis hanya ambil ayam utk gantikan kuah darwis makan dengan kicap(kicap ni memang peberet darwis).Jom la layan resepi ni dulu,sebelum aku melalut ntah apa-apa ntah......


Bahan-bahan:
6 ketul ayam
1 peket kecil rempah kari daging Faizah-dibancuh dgn 3 sudu besar air.
1 biji bawang merah #
5 ulas bawang putih # ditumbuk
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 keping asam gelugor yg kecil
1/2 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
5 biji tomoto yg jenis kecil - dibelah dua
6 biji cili api

Cara-caranya:
Tumis bawang merah dan bawang putih yg dihiris sampai kekuningan.Masukan rempah kari dan bahan yg bertanda #.(masak guna api yang kecil takut rempah hangit)masak sampai pecah minyak.Bila dah pecah minyak,masukan air 1 cawan,ayam,asam keping,garam,gula dan aji secukupnya.Masak sampai ayam empuk.Bila kuah dah mendidih baru masukan santan pekat dan buah tomato serta cili api.biar mendidih seketika baru tutupkan api.

wantan goreng

pak choy tumis bawang putih


Bahan-bahan:
5 btg pak choy -diptg 2
4 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak utk menumis
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 2 sudu besar air.
1/4 cawan air

Cara-caranya:
Rebus pak choy 1/2 masak.kemudian rendam dlm air sejuk dan tos.Kemudian susun dlm pinggan.
masukan minyak dan tumis bawang putih sampai kekuningan.(Awas jgn sampai hangit).Bila bawang putih dah kekuningan,masukan sos tiram,tpg jagung,garam,gula dan aji secukup rasa.Kacau bg sebati kemudian siram atas sayur pak choy.

Isnin, April 19, 2010

Jom sertai kempen"help to save the animals of the world"


untuk maklumat mengenai kempen ni sila klik WWF  dan DISINI utk web banner

Apa yang boleh kita laku:
1.By purchasing a turtle or a tiger awareness pin for just RM10 each
2. Be a volunteer and help to fundraise for WWF-Malaysia
3.  Spread the message and blog about Save the Day!




Denai Bishop

Denai Bishop dinamakan sempena nama Bishop Singapura,Reverend C.J.Ferguson-Davie yang menemui kawasan penara "yang amat sesuai untuk dibangunkan sebagai stesen bukit dengan cepat lagi murah".Cadangannya ialah diberi perhatian bagi pembangunan Bukit Fraser.

Sebagai  penghargaan bagi usaha Bishop dalam menyakinkan pihak berkuasa untuk membangunkan Bukit Fraser sebagai stesen bukit,Majlis Bersekutu telah menghadiahkan beliau sebidang tanah pada tahun 1921.Sebuah rumah peranginan yang menjamu pemandangan gunung-ganang,telah dibina atas tanah ini dan rumah ini dinamakan Rumah Bishop,namun sekarang,rumah ini tidak lagi sesuai utk didiami.

Bishop Singapura telah membuka laluan berkuda yang menghubungkan Rumah Bishop ke banglo-banglo lain yang berpenghuni(Banglo Kuantan dan Muar Cottage) dan ia juga (sebahagian dari jalan Lady Maxwell) bersambung Denai Hemmant,jalan yang beliau gunakan untuk pergi ke pusat bandar untuk berehat di 'Tavern'.

Terletak agak jauh dari pusat bandar,denai sepanjang 1.3 kilometer ini merupakan tempat istirehat yang sesuai untuk pemerhati-pemerhati burung dan pencinta alam semulajadi.Sekiranya anda tidak membuat bising,anda boleh melihat sekumpulan siamang(spesies ungka yang terbesar) berehat diatas pokok yang tinggi sambil memerhatikan dengan senyap anda-anda yang melalui denai ini.

p/s: nanti nanae akan cuba letak gambar denai-denai ini ye atau pun boleh klik disini

Ahad, April 18, 2010

Aktiviti hujung minggu

Salam..............
Hari nanae nak kongsi aktiviti yang dilakukan oleh suami,adik nanae badriz serta anak-anak dihujung minggu.Kat fraser ni selain melakukan aktiviti jungle tracking,bird wacthing dan mandi sungai kat air terjun Jeriau,kat sini ada aktiviti boating,menunggang kuda,memanah,main golf dan macam-macam aktiviti yang boleh dibuat.Anak nanae si qisthina sibuk ajak ayahnya gi main bot.Jom la ayah ....kesian kat kakyong.Kakyong.. nak main bot..begitula.. ayat yg cairkan si darwis suami na.Nanae tak ikut pun sebab kalau ikut kang si adik umairah mesti nak naik bot dgn nanae.Sebenarnya nanae takut nak naik bot ni,seram rasanya.Gayat.Jadi utk jadi geng umairah,nanae paksa la adikku yang paling bongsu si badriz temankan si umairah... Bayaran utk naik bot hanya la rm 6 utk 15 minit.
 


Darwis bersama aina qisthina

Adik nanae Badriz bersama aina umairah


Jumaat, April 16, 2010

Denai Maxwell

Denai Maxwell ini dinamakan semperna nama Sir George Maxwell,Ketua Setiausaha bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1920 dan beliau amat mengambil berat terhadap pembangunan Bukit Fraser.
Buruh-buruh yang menetap di 'Labour Line'(sekarang tapak Fraser's Pine Resort)membuka denai ini pada akhir tahun 1919.Pembukaan denai ini memberikan mereka laluan ke Banglo Whittington(sekarang rumah Guthrie),dimana mereka mendengar berita tentang Perang Dunia Pertama disitu satu-satunya radio yang dimiliki oleh seorang perlombong British yang menetap dibanglo itu.

Denai ini ditinggalkan apabila kawasan penempatan buruh ini dipindahkan ke Taman Sungai Hijau dan pembinaan Fraser's Pine Resort dimulakan.Ia kemudiannya dibuka semula pada tahun 1993 dan ia merupakan penambahan kepada Denai Bishop di Muar Cottage.Denai ini berukuran lebih kurang 2 kilometer panjang.

Denai ini melalui Banglo Kuantan(dulu dikenali sebagai Banglo Cicely) dan Banglo Jerantut(dulu dikenali  sebagai Rumah Staf),kemudian ia akan membelok ke kanan dibawah Banglo Lodge dan terus menuruni kawasan bukit melalui Fraser's Pine Resort dan berakhir berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil.

Pada cuaca yang baik,dari kawasan tertentu didenai dibawah Banglo Lodge ,kita dapat menyaksikan permandangan indah Lembah Teranun danSempam yang terbentang luas.Di sebelah Timur,kita dapat melihat
kehebatan Banjaran Titiwangsa manakala bukit-bukit  Peninjau yang tersergam hebat menghadap bahagian Tenggara.

Khamis, April 15, 2010

Kek coklat

Salam..........
Kek ni nanae buat masa katering untuk PERHEBAT minggu lepas.Kek ni ,staf perhebat mintak buatkan utk birthday seorang stafnya.Ye lah kat fraser mana ada kedai kek.Nak tak nak kena la tolong buatkan.Sebenarnya nanae memang tak pandai buat kek.Resepi ni pun nanae ambil dari Hana yang duk jauh di jepun.Resepi asal dari KOG,Nanae nak ucapkan terima kasih kerna sudi berkongsi resepi kek coklat ni.Kek ni untuk dikukus tapi nanae bakar je..
Nanae nak ucapkan terima kasih kat chef dr perhebat yang tolong hiaskan kek yang nanae buat.Tulisan tu hanya guna marjerin sahaja.senangkan..


kek yang nanae buat

chef dr perhebat tolong tulis tulisan kat atas kek

ni lah hasilnya

Bahan-bahan
Bahan A:
2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat
(se elok-elok ayak 3 x)

Bahan B:
4 biji telur
1 cawan marjerin cair -nanae guna minyak jagung
1 cawan susu pekat

Bahan C:
1 cawan air panas didih

Cara-cara
Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
Masukkan bahan B dan kacau sekata
Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,Sue tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)

Chocolate ganache (manusia biasa kata topping je)


200 ml whipping cream
200-300g coklat masakan (atau cadbury, atau ferrero rocher, sukati la)
nanae tambah 2 sudu besar susu pekat
Panaskan krim sampai mula berbuih, masukkan coklat yang dah dipatah²kan, kacau sampai rata
p/s:Tunggu kek dan ganache betul² sejuk baru boleh simbahkan topping tu, kalau tak makan kek cecah topping (dia akan melambak ke bawah), macam makan goreng pisang cecah sambal kicap.

AWARD DARI KAK MIN

Salam.......

Hari ni aku sungguh terharu,sebab ada gak orang yang nak bagi award kat aku hu..hu..hu....Terima kasih banyak-banyak kat Kakak aku yang sorang ni.Walaupun BUKAN dari darah daging sendiri,aku dah anggap kakak yang satu ni macam kakak aku sendiri.Beliau yang aku maksud kan ialah Kak Min dari blog SEPUTIH SEHARUM MELUR




  1. Thanks & link the person gave you the award.
  2. Pass this award onto bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
  3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.
  4. State 7 things about yourself.
1.Terima kasih kat Kak Min.
2.Nanae nak bagi award ni kat:
    1.jiejah (My finger,my hand,my head & my life)
    2.kak lg (salam 2 benua)
    3.kak asma (dari dapur kakasma)
    4.si kembar dieabella (sweetwin.blogspot.com)
    5.si lampu neon

3.Dah siap contact dah.
4.1. nak gi honeymoon dgn suami.tp masa tak mengizinkan.
   2.Teringin nak kurus skarang berat badan 80++kg
   3.suka masak tapi tak pandai buat kuih.
   4.nak cari banyak duit tapi biar la yg halal.
   5.teringin nak dapat anak lelaki tp suami kata 2 org dah cukup.
   6.Tak reti bergaya dan bermake-up.kena belajar banyak dgn Kak Min.
   7.Nak tambahkan lagi ilmu keagamaan.  

Ahad, April 04, 2010

birding group dari Sinapura

Salam....................
Hari ni cuma nak N3 gambar geng birdwatching yang datang dari Singapura.Gambar ni sempat diambil oleh Darwis pada pagi tadi.Geng birdwatching ni,memang tiap-tiap tahun datang dan duk kat hotel tempat nanae berkerja.








Rabu, Mac 31, 2010

timun oh timun

SALAM.........& SELAMAT SEJAHTERA.....

Hari ni nanae tak memasak,sebab nak turun gi klinik bawak mak nanae yang kurang sihat.Pagi tadi je sempat masak nasi lemak untuk sarapan.Sementara nak tunggu turun pukul 2,nanae cuma nak bercerita tentang pokok timun yang di tanam oleh adik nanae si iskandar aka anjang.Bukan nak puji tapi dia ni memang kaki tanam menanam ni.Jimat sikit duit kakak dia nak beli timun untuk makan sendiri.Jom kita jenguk pokok timun dulu ye...........

ketam sos cili

Salam...........
Kat fraser hari ni,cuaca tak berape baik,mendung dari pagi.Macam nak hujan.Ni pun tengah berkabus.Dah berapa hari asyik hujan dari petang sampai ke pagi.Baju yang dijemur pun tak sempat kering.Untuk makan tengahari tadi,nanae masak ketam sos cili dan sambal tempoyak.

bahan-bahan:
4 ekor ketam (dlm anggaran 1 1/2kg)
4 ulas bawang putih - di cincang
1 biji bawang holand - diptg dadu
6 cili api - diketuk
2 biji cili merah - diptg menyerong
2 tangkai daun sup - dihiris halus
2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
1 cawan sos cili maggi
1 biji telur - dikacau
tepung gandum secukupnya

cara-caranya:
-basuh ketam.kemudian kerat kaki ketam yg takde isi.kaki ketam yang besar diketuk dan
tos.kemudian golek ketam dengan tepung gandum.ketepikan.
-panaskan minyak(perlu guna minyak yang banyak).bila minyak dah panas masukan ketam,goreng ketam sampai ketam berubah warna kemerahan.boleh la diangkat.toskan.
dalam kuali yang lain,panaskan minyak dlm 1/2 cawan.bila minyak dah panas,masukkan bawang putih,cili kisar dan sos cili.masak sampai pecah minyak.
-bila dah pecah minyak,masukan cili api,cili merah,bawang horland,daun sup,telur,garam,aji dan gula secukup rasa.Kacau sebati.Rasa garam,gula secukupnya,baru masukan ketam.gaul bagi sebati.biar dalam 10 minit.baru tutupkan api.

Selasa, Mac 30, 2010

sambal tempoyak


bahan-bahan:
2 sudu besar tempoyak
1 biji cili merah #
6 biji cili api #(kalau x suka pedas boleh kurangkan)

cara-caranya:
tumbuk bahan yg bertanda # sampai lumat,kemudian gaulkan dengan tempoyak.boleh la di hidangkan bersama-sama ulam-ulaman seperti timun,kobis yg telah direbus 1/2 masak dll.

Sabtu, Mac 27, 2010

Selamat Ulang tahun Yg ke 2

SALAM..............

Hari ni puteriku yang no 2 iaitu Nur Aina Umairah telah menyambut ulang tahun yang ke 2.Maafkan mak ye takde cake untuk umairah.Cuma kasih sayang yang dapat mak beri pada Umairah.Untuk birthday girl darwis belikan basikal buat puterinya yang tersayang.


nasi goreng ayam kunyit


SALAM..............

Memandangkan lauk dalam peti ais dah kosong hanya tinggal isi ayam je,lagi pun aku malas nak gi kedai cari lauk.Ni Kena la masak yang paling simple je......Fikir punya fikir apa yang nak dimasak dengan isi ayam ni.Nasi semalam pun ada balance lagi.Apa lagi masak nasi goreng ayam kunyit je lah asalkan kenyang dah la.Lagi pun petang nanti nak balik ke kg darwis di johol N9.Tak payah nak pening-pening nak fikir lauk apa nak masak malam nanti.Jawabnya malam nanti makan kat luar la.Singgah la kat mana-mana nanti.Jom layan resepi dulu ye.........

bahan-bahan:(ayam kunyit)
2 keping isi ayam- dihiris nipis
1 biji bawang horland- diptg bulat
2 biji cili merah-diptg menyerong
8 biji ciliapi-diketuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram

bahan utk nasi goreng:
4 cawan nasi
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis cap kipas udang

cara-caranya:
gaulkan isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam.masukkkan minyak masak kedlam kuali,biar minyak panas,baru masukan isi ayam.goreng sampai isi ayam masak.masukan sos tiram,cili api,cili merah dan bawang.kacau sebentar.baru tutupkan api.Angkat isi ayam.Tanpa perlu dibasuh kuali bekas goreng isi ayam tadi,masukan nasi,kicap manis,sos tiram,garam dan aji secukupnya.kacau nasi bagi sebati.kacau-kacau nasi tadi supaya tak melekat kat kuali.bila dah masak,boleh la makan bersama lauk isi ayam tadi bersama telur mata.

Khamis, Mac 25, 2010

Denai-denai di Bukit Fraser

SALAM..........

Hari ni,nanae nak cerita tentang denai-denai di Bukit Fraser yang diambil dari buku  Fraser Hill Treasure Trails.

Terdapat 8 denai yang agak terkenal di sekitar Bukit Fraser.Pada masa dahulu,sebelum jalan dibina,satu-satunya cara untuk bergerak di sekitar Bukit Fraser adalah dengan menggunakan laluan kuda yang menghubungkan banlo-banglo dengan pusat bandar.Kini,denai-denai ini MENJADI KHAZANAH SEMULA JADI di Bukit Fraser dengan memberi peluang kepada penduduk -penduduk tempatan dan pelawat-pelawat menikmati keindahan-keindahan semulajadi hutan dalam keadaan asal.
Denai-denai di Bukit Fraser juga memperlihatkan khazanah-khazanah hutan yang dapat membuka pandangan terhadap dunia semulajadi dan mengungkai kekayaan flora serta fauna.
Denai-denai di Bukit Fraser ini juga selalu digunakan sebagai jalan pintas dan laluan untuk menjalankan senaman harian bagi penduduk-penduduk tempatan.

8 DENAI YANG TERKENAL DI BUKIT FRASER:

  1. DENAI MAXWELL (MAXWELL TRAIL)
  2. DENAI BISHOP (BISHOP TRAIL)
  3. DENAI ABU SURADI (ABU SURADI TRAIL)
  4. DENAI HEMMANT (HEMMANT TRAIL)
  5. DENAI ROMPIN (ROMPIN TRAIL)
  6. DENAI KINDERSLEY (KINDERSLEY TRAIL)
  7. DENAI MAGER (MAGER TRAIL)
  8. DENAI POKOK PINE (PINE TREE TRAIL)

The Best Dadih in town


Salam..........
Hari ni nanae nak cerita mengenai dadih yang paling best nanae pernah makan dan rasa.Semua orang boleh buat dadih tapi tak sama dengan dadih yang satu ni.Memang marvelous.Mula-mula diperkenalkan dgn dadih ni semasa dj epoi and family naik ke fraser.

Memang betul-betul sedap.Sampaikan suami nanae, darwis,mak,adik-beradik nanae yang tak makan dadih pun boleh jadi suka dan jatuh hati pada si dadih ni.Kuat betul penangan si dadih ni.
Jadi nak berkongsi dengan adik-beradik yang lain,nanae pun order la dadih 200 bekas ada perisa durian,laici,milo dan jagung untuk kenduri akad nikah adik ipar nanae(tapi bayar utk 150 je,lagi 50 tuan dadih tumpang semasa kenduri.tq kak min).

Semasa kenduri, letak je si dadih,terus kena sapu.tak sampai dalam1 jam dah habis licin.Anak-anak buah sampai tercari-cari lagi.Bukan nanae nak bodek kat Kak Min tapi memang sedap sangat dadih dia ni.......

Kepada teman-teman yang teringin nak cuba dadih ni utk makan sendiri ke,untuk majlis birthday anak ke boleh la hubungi Kak Min dari blog http://warisanayahbonda.blogspot.com/.Kak Min merupakan kakak kepada Dj Epoi.

ni la taukeh dadih Kak Min @ Kak Syabar

Jumaat, Februari 26, 2010

Tahun-tahun Awal Bukit Fraser


Salam.............
Hari ni nanae nak berkongsi tentang sejarah bukit fraser.Data ini nanae ambil dari Fraser's
Hill Treasure Trails."Fraser's Hill Treasure Trail" telah dihasilkan oleh WWF-Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser,Jabatan Perhutanan Pahang dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Pahang dengan penajaan ikhlas dari EN.Frank DeLong.

TAHUN-TAHUN AWAL BUKIT FRASER

Bukit Fraser telah dijumpai semula secara tidak sengaja pada tahun 1917 oleh pihak British.Bishop Singapura,Reverend C.J. Ferguson-Davie dan Paderi Selangor,Reverend A.B.Champion,semasa bercuti di Rumah Rehat Gap,telah meredah hutan Bukit Fraser untuk mencari tapak-tapak yang sesuai bagi membina banglo.Apabila pulang,Bishop Singapura telah menulis surat kepada Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan mencadangkan kesesuaian kawasan ini untuk menjadikan sebagai stesen bukit.Sebelum Perang Dunia Pertama,terdapat permintaan dari kalangan warga Eropah supaya lebih banyak stesen-stesen bukit dibina di Malaya.Disebabkan peperangan ini,adalah sukar untuk mereka pulang ke negara mereka dan keadaan ini memaksa mereka tinggal lebih lama di Malaya.
Kepanasan daripada cuaca di sini dan tekanan kerja menyebabkan percutian dikawasan yang beriklim sejuk menjadi satu tarikan kepada mereka.
Pembangunan di Bukit Fraser bermula pada Oktober 1918 dengan kerja pembinaan jalan dari Gap ke puncak bukit.Apabila jalan ini selesai dibina pada 13hb Disember 1921,Majlis Bersekutu dengan rasminya menamakan bukit ini sebagai"BUKIT FRASER"

Khamis, Februari 25, 2010

Katering utk Jururawat terlatih Kementerian Pertahanan



Hadiah dari Kak min



Salam.............
Saje aku nak tayang tudung pemberian drp kak min.Terima kasih daun keladi kalau boleh bagi le lagi............hi..hi..hi...Jangan mare ye kak min gurau je.........Apa yang penting aku sukaaaaaaa sangat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...